SELAMAT DATANG anda kini berada di ruang blog Persatuan Penduduk Impiana Residence,Putra Nilai, Negeri Sembilan, No. Pendaftaran: 2671-10-NSE. Sebarang cadangan/komen anda sangat kami hargai.

.

Sunday, July 25, 2010

Persediaan Menghadapi Ramadhan 1431H


Ramadhan bakal menemui kita kembali! Bagaimana dengan persediaan kalian? Anda dipersilakan bersama-sama ke Surau (S) IR untuk satu majlis ilmu pada:

Tarikh: 27 Julai 2010 (Selasa)
Masa: Selepas solat Isya'

Majlis akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Hafiz Saleh, pensyarah Fakulti al-Quran dan Sunnah, USIM.

Wednesday, July 14, 2010

"Bowling Impiana Residence"

Salam semua warga IR,

Di sini ingin saya maklumkan bahawa akan diadakan "Family Outing" untuk semua warga IR.
Acara yang akan dianjurkan adalah "Bowling Impiana Residence" yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 17 hb Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya.

Syarat penyertaan:
1) Penyertaan dibuka untuk semua warga IR.
2) Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli.
3) Sekiranya tuan/puan yang berminat tidak mempunyai jumlah ahli yang
mencukupi, tuan/ puan boleh mendaftar secara individu dan undian akan
dilakukan bagi menentukan kumpulan tuan/puan.

Bayaran penyertaan:
#RM20 seorang (2 game + kasut). Stokin bawa sendiri.

#Bayaran boleh dibuat kepada:
a) Mohd Nazri Ramli (Maybank acc: 114058706944, H/P:019-2347056)
b) Saiful Nizam Rahamat (Maybank acc:114301430748, H/P:013-3890038)

Tolong sms bila bayaran sudah dibuat.
Tarikh tutup penyertaan 15 hb Julai 2010 (Khamis).

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Nazri atau Saiful.
"Bersukan Sambil Bersantai"

Saya yang benar,
Saiful Nizam Rahamat
Penyelaras Program

Monday, July 5, 2010

KESELAMATAN IMPIANA RESIDENCE

Salam semua,

Di sini, saya ingin menyuarakan beberapa perkara berkaitan dengan Keselamatan, khususnya di kawasan kejiranan IR.

Pelekat Kenderaan

Baru-baru ini saya ada mendapat aduan dari pihak Bentara menyatakan bahawa, masih ada lagi segelintir penduduk IR yang tidak mempamerkan pelekat kenderaan di kenderaan masing-masing dan ini amat menyukarkan para Bentara untuk membuat kerja-kerja pemantauan. Untuk makluman semua penduduk, pihak AJK IR akan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan ini secara menyeluruh dalam sedikit masa lagi (berkemungkinan akan berkuatkuasa bermula pada 1hb Ogos 2010), dimana sekiranya ada penduduk yang gagal mematuhi arahan supaya mempamerkan pelekat kenderaan seperti yang diminta, kenderaan tersebut tidak akan dibenarkan masuk sama sekali.

Kenderaan Dipandu Laju

Saya dapati ada penduduk IR yang tidak menghormati jiran sekeliling dengan memandu kenderaannya dengan laju (kenderaannya telah dikenal pasti), samada semasa hendak memasuki IR (sebelum pondok Bentara) dan di dalam kawasan kejiranan IR. Sekiranya berlaku kemalangan (samada melibatkan nyawa atau harta benda IR), pihak AJK IR akan meminta pemilik kenderaan tersebut untuk bertanggungjawab dengan menanggung segala kos kerosakan dan kerugian yang berlaku dan pihak AJK IR sama sekali tidak akan berkompromi dengan pemandu yang tidak tahu menghormati kesejahteraan IR.

Kontraktor & Pihak Luar

Masih lagi terdapat penduduk IR yang tidak mematuhi arahan surat rujukan IR 002/ 2010 KEHADIRAN ORANG LUAR KE IMPIANA RESIDENCE (IR) dan email PEMBERITAHUAN yang dihantar pada 4hb Mei 2010 lalu, dimana sekiranya ingin menjalankan aktiviti yang melibatkan kontraktor atau pihak luar, penduduk haruslah memaklumkan kepada pihak Bentara terlebih dahulu untuk tujuan pemantauan. Ini adalah penting untuk para Bentara mengawasi setiap pergerakan individu yang memasuki kejiranan kita.


Keselamatan dan keharmonian IR adalah tanggungjawab setiap penduduk dan semua penduduk IR haruslah memikul tanggungjawab ini dengan penuh Istiqamah. Dari itu, saya memohon kepada semua penduduk IR supaya dapat memberi kerjasama dan mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan demi kesejahteraan IR.


sekian terima kasih.


Mohd Fadil Bin Ismail
Ketua Kampung