SELAMAT DATANG anda kini berada di ruang blog Persatuan Penduduk Impiana Residence,Putra Nilai, Negeri Sembilan, No. Pendaftaran: 2671-10-NSE. Sebarang cadangan/komen anda sangat kami hargai.

.

Tuesday, November 30, 2010

Majlis Khatan Beramai-Ramai IR

Bulan November bulan sibuk di IR. Banyak aktiviti dijalankan, maklumlah sekolah bercuti. Ibu bapa juga tumpang bercuti! 28 November 2010 tentunya tarikh istimewa kepada 11 anak-anak IR kerana mereka diraikan dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Surau (S) IR.

27 Nov. - Gotong-royong kali ke-2 (pagi)
27 Nov. - Majlis Bacaan Yaasin Bulanan (malam)
28 Nov. - Majlis Berkhatan beramai-ramai (pagi)

Foto yang terpapar di bawah menceritakan segala-galanya...
(sila klik kolaj)

Saturday, November 20, 2010

Majlis Qurban sempena Aidil Adha

Majlis Qurban sempena Aidil Adha 1431H telah diadakan di perkarangan Impiana Residence. Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah dikorbankan melalui sumbangan para penduduk IR. Majlis diadakan pada 17 November 2010.

Acara korban bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha dan selesai lebih kurang jam2.00 petang.

Terima kasih kepada para peserta Qurban, diharap tahun hadapan 1432H, bilangan lembu akan meningkat sekali ganda lagi. Begitu juga kepada kaum ibu yang bertungkus-lumus memasak dan menyediakan juadah di Surau (S) IR.

Friday, October 1, 2010

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Menghadapi Peperiksaan

Majlis bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Tazkirah khusus untuk anak-anak IR yang telah dan sedang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini telah diadakan pada 30 September 2010.

Di samping itu pihak Surau (S) IR juga mengambil kesempatan mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Idilfitri 1431H. Majlis dipimpin oleh YBhg. Al-Fadzil Ustaz Fakhrurrazi, Imam Masjid Putra Nilai. Terima kasih di atas sumbangan juadah serta kerjasama yang diberikan oleh para penduduk IR.





Wednesday, August 18, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Sepanjang bulan Ramadhan 1431H ini, Surau (S) IR julung kali mengadakan solat Sunat Tarawih berjemaah. Pihak AJK telah mengundang Imam-Imam al-Hafiz untuk memimpin solat Tarawih. Di samping itu, diadakan juga Tahlil arwah serta majlis berbuka puasa dan jamuan moreh setiap malam.

Kepada para jemaah IR, Desa Indah dan Seri Inai, masih boleh menghantar borang sumbangan serta tahlil arwah kepada mana-mana AJK Surau.


Sunday, August 1, 2010

Persediaan Menghadapi Ramadhan 1431H ... sambungan


Majlis ilmu Persediaan Menghadapi Ramadhan bersambung lagi. Banyak sekali manafaatnya. Ahli jemaah IR dan kejiranan Desa Indah dan Seri Inai sekali lagi dipersilakan bersama-sama pada:

Tarikh: 3 Ogos 2010 (Selasa)
Masa: Selepas solat Isya'

Majlis masih dibimbing oleh Ustaz Mohamad Hafiz Saleh, yang juga merupakan salah seorang jemaah IR. Terima kasih ustaz. Semoga Ramadhan 1432H dapat bersama lagi. Selamat menyambut Ramadhan 1431H dengan penuh ketaqwaan...

Sunday, July 25, 2010

Persediaan Menghadapi Ramadhan 1431H


Ramadhan bakal menemui kita kembali! Bagaimana dengan persediaan kalian? Anda dipersilakan bersama-sama ke Surau (S) IR untuk satu majlis ilmu pada:

Tarikh: 27 Julai 2010 (Selasa)
Masa: Selepas solat Isya'

Majlis akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Hafiz Saleh, pensyarah Fakulti al-Quran dan Sunnah, USIM.