SELAMAT DATANG anda kini berada di ruang blog Persatuan Penduduk Impiana Residence,Putra Nilai, Negeri Sembilan, No. Pendaftaran: 2671-10-NSE. Sebarang cadangan/komen anda sangat kami hargai.

.

Tuesday, June 29, 2010

Notis Pemberitahuan

Salam Kepada Semua Warga IR

Sila ambil perhatian..Kaunter bayaran Sumbangan Surau,Keahlian & Bulanan akan dibuka pada hari AHAD @ 4/7/2010 di No.76 Jln Impiana 2 @ Surau, dari jam 10am-12pm & 2pm-4pm. Kepada sesiapa yang hendak membuat bayaran & semakan rekod pembayaran.. sila hadir pada tarikh,masa & tempat yg telah dimaklumkan.

Harap Maklum.

FAZLI123
Bendahari IR

Monday, June 28, 2010

Bacaan Yaasin - Julai 2010

Aturcara:

7.24 Solat Maghrib berjemaah
Bacaan Yaasin dan Tahlil
Solat Isyak berjemaah/Tazkirah ringkas
Jamuan ringan

Muslimin-muslimat IR, jamuan ringan kali ini dibuat secara 'pot-luck'. Kepada sesiapa yang berhajat menyediakan juadah, mohon menghantarkannya ke surau pada jam 6.00 - 6.30 petang. Juadah dalam bentuk masakan, buah-buahan, kuih-muih dan minuman sangat dialu-alukan.

Mohon juga membawa sejadah untuk sembahyang berjemaah di surau...

Wassalam.

Thursday, June 24, 2010

Kem Motivasi Anak-anak I.R

Memanfaatkan cuti sekolah! Persatuan Penduduk IR melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Kem Motivasi Anak-anak Impiana Residence pada 19 - 20 Jun 2010. Seramai 29 Anak-anak dan Remaja IR telah menyertai kem ini. Semoga aktiviti yang sama dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Syabas...

(Sila klik gambar ke Album)




From KemMotivasi

Tuesday, June 15, 2010

Boom Gate

Salam semua,

Surat bertarikh 14 Jun 2010 (RUJUKAN : IR SU/006/2010) telah dikeluarkan oleh AJK IR ke Bentara IR, memaklumkan "boom gate" IR hendaklah ditutup sepenuhnya (24 jam) kecuali pada waktu puncak iaitu jam 06:00-07:30 ("boom gate" arah keluar dibuka) dan 18:00-19:30 ("boom gate" arah masuk dibuka).
Pemantauan ke atas setiap kenderaan keluar masuk juga diminta dilaksanakan semasa "boom gate" dibuka dan juga kenderaan yang tidak mempunyai pelekat IR (IR car sticker).

sekian terima kasih.


Mohd Fadil Bin Ismail
Pengerusi aka Ketua Kampung

Saturday, June 5, 2010

Kem Motivasi untuk anak-anak I.R


Kem Motivasi untuk anak-anak I.R

Tarikh: 19 & 20 Mei 2010 (Sabtu & Ahad) minggu terakhir cuti sekolah.

Saya akan mengedarkan borang penyertaan ke rumah tuan-tuan dan puan-puan dalam masa yang terdekat ini. Oleh itu, saya meminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan yang berminat ingin menghantar anak-anak ke kem itu supaya memberi maklum balas dengan kadar yang segera untuk memudahkan pihak AJK menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kem motivasi ini supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Di sini, saya mewakili pihak AJK juga ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Manusia hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Semoga Kem Motivasi ini akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak I.R kita.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Rizal
0123320604

Friday, June 4, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL BULANAN (JUN)


BACAAN YAASIN DAN TAHLIL BULANAN (JUN)

Salam sejahtera, insyaAllah majlis di atas akan diadakan pada:

Tarikh: 5 Jun 2010 (SABTU)
Masa: 6.45 petang
Tempat: 76, Jalan Impiana 2, (Surau sementara)

Semua muslimin-muslimat Impiana Residence dijemput menyertai bersama.

Aturcara:

7.15 Solat Maghrib berjemaah
Bacaan Yaasin dan Tahlil
Solat Isyak berjemaah/Tazkirah ringkas
Jamuan ringan

KAUNTER BAYARAN SUMBANGAN SURAU, BULANAN & YURAN KEAHLIAN

Salam Kepada Semua Warga IR..

Kaunter bayaran yuran keahlian,Sumbangan Surau dan Bulanan akan dibuka pada 6hb
Jun 2010 dari jam 10am-12pm dan 2pm-4pm bertempat di Surau Sementara IR@ No.76
Jln Impiana 2.Kepada sesiapa yang mahu membuat bayaran atau semakan rekod
pembayaran..sila datang ke tempat dan masa yang telah maklum kan..

Sekian,Harap Maklum

Terima Kasih

MOHAMAD FAZLI
Bendahari IR

Suaikenal...IR

(Sila klik gambar ke album)

or watch this video

BBQ @ Taman Astakona IR

(Sila klik gambar ke album)


or watch this video

Gotong Royong Membasmi Aedes

(Sila klik gambar ke Album)


or watch this video

Gotong Royong Surau Sementara IR

Syukur Alhamdulillah, komuniti Impiana Residence amat bertuah kerana sdr. M Rahmat bin Wahab yang sekarang ini berada di Ireland, UK telah mewakafkan (sepanjang beliau berada di UK) rumahnya, No. 76, Jalan Impiana 2 digunakan sebagai Surau (sementara) untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan.
Baru-baru ini telah diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Surau (S) ini. Bagi pihak Persatuan Penduduk IR, kami mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih. Kepada Allah kami pohon supaya dilimpahkan keberkatan serta kesejahteraan dan dipermudah segala urusan beliau dan seluruh ahli keluarganya. Amin...

(Sila klik gambar ke Album)
or watch this video