Bulan November bulan sibuk di IR. Banyak aktiviti dijalankan, maklumlah sekolah bercuti. Ibu bapa juga tumpang bercuti! 28 November 2010 tentunya tarikh istimewa kepada 11 anak-anak IR kerana mereka diraikan dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Surau (S) IR.
27 Nov. - Gotong-royong kali ke-2 (pagi)
27 Nov. - Majlis Bacaan Yaasin Bulanan (malam)
28 Nov. - Majlis Berkhatan beramai-ramai (pagi)
Foto yang terpapar di bawah menceritakan segala-galanya...
Majlis Qurban sempena Aidil Adha 1431H telah diadakan di perkarangan Impiana Residence. Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah dikorbankan melalui sumbangan para penduduk IR. Majlis diadakan pada17 November 2010.
Acara korban bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha dan selesai lebih kurang jam2.00 petang.
Terima kasih kepada para peserta Qurban, diharap tahun hadapan 1432H, bilangan lembu akan meningkat sekali ganda lagi. Begitu juga kepada kaum ibu yang bertungkus-lumus memasak dan menyediakan juadah di Surau (S) IR.
Majlis bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Tazkirah khusus untuk anak-anak IR yang telah dan sedang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini telah diadakan pada 30 September 2010.
Di samping itu pihak Surau (S) IR juga mengambil kesempatan mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Idilfitri 1431H. Majlis dipimpin oleh YBhg. Al-Fadzil Ustaz Fakhrurrazi, Imam Masjid Putra Nilai. Terima kasih di atas sumbangan juadah serta kerjasama yang diberikan oleh para penduduk IR.
Sepanjang bulan Ramadhan 1431H ini, Surau (S) IR julung kali mengadakan solat Sunat Tarawih berjemaah. Pihak AJK telah mengundang Imam-Imam al-Hafiz untuk memimpin solat Tarawih. Di samping itu, diadakan juga Tahlil arwah serta majlis berbuka puasa dan jamuan moreh setiap malam.
Kepada para jemaah IR, Desa Indah dan Seri Inai, masih boleh menghantar borang sumbangan serta tahlil arwah kepada mana-mana AJK Surau.
Majlis ilmu Persediaan Menghadapi Ramadhan bersambung lagi. Banyak sekali manafaatnya. Ahli jemaah IR dan kejiranan Desa Indah dan Seri Inai sekali lagi dipersilakan bersama-sama pada:
Tarikh: 3 Ogos 2010 (Selasa) Masa: Selepas solat Isya'
Majlis masih dibimbing oleh Ustaz Mohamad Hafiz Saleh, yang juga merupakan salah seorang jemaah IR. Terima kasih ustaz. Semoga Ramadhan 1432H dapat bersama lagi. Selamat menyambut Ramadhan 1431H dengan penuh ketaqwaan...
Di sini, saya ingin menyuarakan beberapa perkara berkaitan dengan Keselamatan, khususnya di kawasan kejiranan IR.
Pelekat Kenderaan
Baru-baru ini saya ada mendapat aduan dari pihak Bentara menyatakan bahawa, masih ada lagi segelintir penduduk IR yang tidak mempamerkan pelekat kenderaan di kenderaan masing-masing dan ini amat menyukarkan para Bentara untuk membuat kerja-kerja pemantauan. Untuk makluman semua penduduk, pihak AJK IR akan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan ini secara menyeluruh dalam sedikit masa lagi (berkemungkinan akan berkuatkuasa bermula pada 1hb Ogos 2010), dimana sekiranya ada penduduk yang gagal mematuhi arahan supaya mempamerkan pelekat kenderaan seperti yang diminta, kenderaan tersebut tidak akan dibenarkan masuk sama sekali.
Kenderaan Dipandu Laju
Saya dapati ada penduduk IR yang tidak menghormati jiran sekeliling dengan memandu kenderaannya dengan laju (kenderaannya telah dikenal pasti), samada semasa hendak memasuki IR (sebelum pondok Bentara) dan di dalam kawasan kejiranan IR. Sekiranya berlaku kemalangan (samada melibatkan nyawa atau harta benda IR), pihak AJK IR akan meminta pemilik kenderaan tersebut untuk bertanggungjawab dengan menanggung segala kos kerosakan dan kerugian yang berlaku dan pihak AJK IR sama sekali tidak akan berkompromi dengan pemandu yang tidak tahu menghormati kesejahteraan IR.
Kontraktor & Pihak Luar
Masih lagi terdapat penduduk IR yang tidak mematuhi arahan surat rujukan IR 002/ 2010 KEHADIRAN ORANG LUAR KE IMPIANA RESIDENCE (IR) dan email PEMBERITAHUAN yang dihantar pada 4hb Mei 2010 lalu, dimana sekiranya ingin menjalankan aktiviti yang melibatkan kontraktor atau pihak luar, penduduk haruslah memaklumkan kepada pihak Bentara terlebih dahulu untuk tujuan pemantauan. Ini adalah penting untuk para Bentara mengawasi setiap pergerakan individu yang memasuki kejiranan kita.
Keselamatan dan keharmonian IR adalah tanggungjawab setiap penduduk dan semua penduduk IR haruslah memikul tanggungjawab ini dengan penuh Istiqamah. Dari itu, saya memohon kepada semua penduduk IR supaya dapat memberi kerjasama dan mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan demi kesejahteraan IR.
Sila ambil perhatian..Kaunter bayaran Sumbangan Surau,Keahlian & Bulanan akan dibuka pada hari AHAD @ 4/7/2010 di No.76 Jln Impiana 2 @ Surau, dari jam 10am-12pm & 2pm-4pm. Kepada sesiapa yang hendak membuat bayaran & semakan rekod pembayaran.. sila hadir pada tarikh,masa & tempat yg telah dimaklumkan.
Muslimin-muslimat IR, jamuan ringan kali ini dibuat secara 'pot-luck'. Kepada sesiapa yang berhajat menyediakan juadah, mohon menghantarkannya ke surau pada jam 6.00 - 6.30 petang. Juadah dalam bentuk masakan, buah-buahan, kuih-muih dan minuman sangat dialu-alukan.
Mohon juga membawa sejadah untuk sembahyang berjemaah di surau...
Memanfaatkan cuti sekolah! Persatuan Penduduk IR melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Kem Motivasi Anak-anak Impiana Residence pada 19 - 20 Jun 2010. Seramai 29 Anak-anak dan Remaja IR telah menyertai kem ini. Semoga aktiviti yang sama dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Syabas...
Surat bertarikh 14 Jun 2010 (RUJUKAN : IR SU/006/2010) telah dikeluarkan oleh AJK IR ke Bentara IR, memaklumkan "boom gate" IR hendaklah ditutup sepenuhnya (24 jam) kecuali pada waktu puncak iaitu jam 06:00-07:30 ("boom gate" arah keluar dibuka) dan 18:00-19:30 ("boom gate" arah masuk dibuka). Pemantauan ke atas setiap kenderaan keluar masuk juga diminta dilaksanakan semasa "boom gate" dibuka dan juga kenderaan yang tidak mempunyai pelekat IR (IR car sticker).
Tarikh: 19 & 20 Mei 2010 (Sabtu & Ahad) minggu terakhir cuti sekolah.
Saya akan mengedarkan borang penyertaan ke rumah tuan-tuan dan puan-puan dalam masa yang terdekat ini. Oleh itu, saya meminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan yang berminat ingin menghantar anak-anak ke kem itu supaya memberi maklum balas dengan kadar yang segera untuk memudahkan pihak AJK menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kem motivasi ini supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Di sini, saya mewakili pihak AJK juga ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Manusia hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Semoga Kem Motivasi ini akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak I.R kita.
Sekian, terima kasih.
Cikgu Rizal
0123320604
Friday, June 4, 2010
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL BULANAN (JUN)
BACAAN YAASIN DAN TAHLIL BULANAN (JUN)
Salam sejahtera, insyaAllah majlis di atas akan diadakan pada:
Tarikh: 5 Jun 2010 (SABTU)
Masa: 6.45 petang
Tempat: 76, Jalan Impiana 2, (Surau sementara)
Semua muslimin-muslimat Impiana Residence dijemput menyertai bersama.
Kaunter bayaran yuran keahlian,Sumbangan Surau dan Bulanan akan dibuka pada 6hb Jun 2010 dari jam 10am-12pm dan 2pm-4pm bertempat di Surau Sementara IR@ No.76 Jln Impiana 2.Kepada sesiapa yang mahu membuat bayaran atau semakan rekod pembayaran..sila datang ke tempat dan masa yang telah maklum kan..
Syukur Alhamdulillah, komuniti Impiana Residence amat bertuah kerana sdr. M Rahmat bin Wahab yang sekarang ini berada di Ireland, UK telah mewakafkan (sepanjang beliau berada di UK) rumahnya, No. 76, Jalan Impiana 2 digunakan sebagai Surau (sementara) untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan.
Baru-baru ini telah diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Surau (S) ini. Bagi pihak Persatuan Penduduk IR, kami mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih. Kepada Allah kami pohon supaya dilimpahkan keberkatan serta kesejahteraan dan dipermudah segala urusan beliau dan seluruh ahli keluarganya. Amin...